Wadai kepeng..?? mungkin ramai yg tak tahu tentang nama ni kan..??
wadai kepeng ni sebenar sejenis nama pencuci mulut yang asalnya dari orang Banjar. kalu diikutkan maksud nya WADAI tu maknanya KUIH dan KEPENG tu maksudnya BENDA YANG DITEKAN. maklumat lanjut tentang asal kuih ni kena tanya orang2 tua la... kita generasi muda ni bukan tahu sangat hehe..
okey untuk muda mengenali kuih ni...lebih kurang macam PUTERI MANDI kerana proses pembuatannya pun lebih kurang sama sahaja. tak ada beza sangat. cuma yang membezakan ialah nama nya. mengikut kawasan la kan... de yang panggil kawai kepeng, de yang panggil puteri mandi.
Pada zaman datuk nenek kita dulu Wadai Kepeng dimakan selepas selesai menanam padi atau sebarang majlis kesyukuran atau doa selamat. lebih kurang dikategorikan sebagai PENCUCI MULUT atau MANISAN.
Untuk resepinya kan....macamnie :
Bahan-bahannya ( tepungnya)
- 1 cawan tepung pulut.
- secubit garam
- air secukupnya.
Caranya :
- masukkan tepung pulut dan secubit garam ke dalam satu bekas.
- masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan
- adunan mesti diuli hingga jadi doh
- pastu bulatkan kecik² dan picit kat tengah ~ mcm mangkuk bentuknya.~ macam gambar kat bawah nie....
Untuk Bahan kuahnya pula :
- 1/2 ketul gula melaka/ gula merah pun boleh. ( kalau gula merah..masakkan dulu, kemudian tapis)
- 2 cawan santan pekat
- 2 helai daun pandan
- sedikit gula ~ bole ditambah kalau nak lagi manis
- sedikit garam
Caranya :
- Masukkan gula melaka, santan, sedikit garam ke dalam periuk.
- masukkan daun pandan
- panaskan ~ buka api perlahan
- agak panas ( jgn sampai mendidih )
- masukkan tepung pulut yang sudah siap dibentuk tadi.
- tunggu hingga tepung tadi terapung, bila terapung tepung pulutnya, ini menandakan wadainya sudah masak.~ api perlahan
- Biar hingga mendidih dan jaga jangan sampai pecah minyak ~ nanti x sedap..
bila dah siap masak semua...maka begini la rupa bentuk nya...
lagi pekat kuah lagi sedap taw..
selamat mencuba makanan tradisi orang banjar..
No comments:
Post a Comment