Thursday, 7 November 2013

Homemade Pizza Dough

Homemade Pizza Dough

Bahan bahan:


  • 1 1/2 cawan air suam
  • 2 sk yis mauripan
  • Secubit gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/4 sk garam
  • 1/4 cawan olive oil
  • Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:

  • Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
  • Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.
  • Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.
  • Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.
  • Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.
  • Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.

  



  • Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian
  • Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.





  • Siaaap doh yang gebu dan lembut ini.  Siap untuk diletakkan sos dan topping ...



SELAMAT MENCUBA



No comments:

Post a Comment