Saturday, 23 November 2013

Masakan Pahang




Hmmm.. yummy2.. hee.. moh2  kome nak bawak aokme  kembara makanan Pahang pulak.. =D
OK,, ni antare makanannye.. pnh rse x?? lau pernah ce komen ckit.. ^^  kalau yang xpernah 2 pulak   korang  wajib try tau..  gerenti  x menyesal pnye.. terbaikk… =P



Haaa.. amacam terliur x.. yang ni nmenye ikan patin masak tempoyak..
Ad yang nk tau resepinye x?? kalau nk tau dengan baik ati kite bg tau.. hehe  tp dgn syarat bile da mnjd masak  ni  kne  bg kite merase la.. ^_^


Bahan-bahan ( 5 org makan )
·         ekor ikan patin-Dibersihkan, rendam
·         Kunyit hidup - Sebesar ibu jari(Tumbuk)
·         Cili padi - 8-10 biji..kalo ske pedas + lagi(Tumbuk)
·         Tempoyak - 1 cawan..kalo ske pekat + lagi
·         garam & serbuk perasa
·         Daun kesum Timun ba

Cara-cara
1.    Didihkan air sampai gelegak. masukkan bahan yg ditumbuk, ikan, poyak, d. kesum.. kalo nak buh timun batang masukkan bila nampak ikan hampir masak. Buh garam & s. perasa Sedia untuk dimakan



Okay2.. yang pertame da setel.. jom kite tgok makanan Pahang yang lain plak k.. =)


   
 
Haa… macam sedap je.. macam sedap je.. hehe =P  ni nmenye sambal tempoyak versi ulam-ulaman..


Kalau yang suke makan sayur 2 memang sesuai sangat.. tapi yang tak suke sayur pulak sekali cube sambal tempoyak ni memang suke sayur la lepas ni.. mungkin….. hehehe belum cube belum tau.. kan kan?? Kalau nak cari sambal tempoyak versi ulaman ni memang susah nak jumpe.. jadi,, ap kte cube masak sendiri.. bukan susah pon.. kat sini ad resepinye.. =D




Bahan-bahan ( 6 orang )
·         1 . terung mangga dlm 10biji 2 . pucuk mengkudu - 1/2 genggam 3. daun kaduk 4. pucuk ubi kayu - 2 genggam 5. daun kunyit 6. lada kecil 7. kunyit hidup 8. tempoyak 9. petai 10. 1biji kelapa - ambil santan 11.serai - dititik


Cara-cara
1.    1. potong halus2 setiap daun & pucuk2....mcm wat bunge rampai org na tawen 2...pas 2, jgn campur kan sekali tau..asing kn ikot spesis masing2... 2. pas 2, hok petai 2 , kupas kn ie then belah la 2 ke 3 ke 4 ikot suke u olwz.. 3. tumbuk lada & kunyit smpai hancur..buh bnyk sikit lada cz ni ade lah sejenis sambal k... 4.celur kn pucuk ubi kayu & pucuk mengkudu...smpai die lmbut 5. ambil kuali/periuk besar...pas 2, masuk kn seme bahan dlm kuali..kacau hingga sebati, masukkan santan then baru on api...hehe...mencabar x? senang je... 6. setelah 2, kacau2 lg...lastly baru la masuk kn tempoyak & bahan y di tumbuk 2...pas2 bile da sebati masuk kn garam plak...tehn gaul-gaul..make siap la sambal tempoyak masak kite....yummy...sedap ok ! tp pastikn ie ta cair sgt tau...


p/s: tak rugi pon kalau mencube.. This is darul makmur.. 


kebaikan makanan As-Sunnah

Makanan sunnah yang akan dikongsikan di sini amatlah istimewa. Ini kerana makanan-makanan ini telah disebutkan di dalam Al-Quran dan hadith Nabi, tentang khasiat dan kelebihannya. Subhanallah! Hanya Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

Firman Allah SWT dalam surah al-An'aam ayat 99:

"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dan mayang- mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun- kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman." - Surah al-An'aam : 99

1. Buah Delima

Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya." - Surah Al- An'am ayat 99

Khasiat buah delima:
  • Kaya dengan unsur zat besi. 
  • Proses pembinaan darah merah. Mengurangkan risiko penyakit anemia. 
  • Mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.
  • Mengandung potassium yang besar isipadunya.
  • Mengandungi mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bertindak bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degup jantung agar tetap normal.
  • Meningkatkan kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur.
  • Mencegah edema dan mengurangi kadar gula di dalam darah. 
  • Buah delima juga dapat menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung.

2. Kismis

Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadith yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut." 

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.



Khasiat kismis:
  • Menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
  • Kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih. 
  • Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.

3. Kurma

Firman Allah SWT dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
 Khasiat kurma:
  • Terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu. 
  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. 
  • Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.
  • Makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

4. Habbatus sauda'

Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)." - Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

  
Khasiat habbatus sauda’:
  • Terapi untuk mengaktifkan enzym adenylylclase yang bertanggungjawab terhadap perubahan spesifik dalam peringkat-peringkat usia.
  • Terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati) - Hadith Sahih Bukhari Muslim.


5. Za'faran

Sayidina Ali pernah menyatakan: "Sesiapa yang mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir. "



  
Khasiat za’faran / saffron:
  • Sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin).
  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang dan juga peransang tenaga batin. 
  • Membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.


6. Madu

Firman Allah: "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" - Surah An-Nahl ayat 68-69.
  
Khasiat madu:
  • Mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik. 
  • Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging dan mentega. 
  • Penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).


7. Zaitun

Firman Allah: "Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" - Surah Al-Mukminin ayat 20.


Khasiat zaitun:
  • Penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.
  • Membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.
  • Bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. 
  • Mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.

KESIMPULAN

Setiap makanan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun hanya Allah SWT yang layak memberikan kebaikan dan kesihatan kepada kita. Janganlah kita menganggapkan makanan ini yang memberi kita kesihatan. Ia hanyalah sekadar usaha kita untuk mendapatkan kesihatan.Percayalah dengan nama Allah, Insya-Allah akan dapat keberkatan dan kebaikan.

keunikan makanan di Malaysia

hai semua pe khabar..??? okey sekarang nie nak kasi satu video yang simple je tentang keunikan makanan di Malaysia. 

dalam video nie seorang cikgu terangkan mengenai makanan di malaysia seperti nasi lemak, roti canai dan char kotiow yang merangkumi tiga bangsa di Malaysia iaitu melayu,india, dan cina.

kita kan 1 Malaysia....


selamat menonton ye...

Tuesday, 19 November 2013

Makanan dari Negeri Johor

Assalammualaikum..kali ini,
sy mahu menjamu mata anda semua dengan makanan dari Negeri Johor...
Jommmmmm,YEZZA..!



Laksa Johor
 
Laksa Johor sering disebut-sebut sebagai makanan tradisi sekaligus menjadi makanan identiti bagi Negeri  Johor. Kuahnya pekat berasaskan isi ikan yang dimasak bersama rempah ratus, santan, kerisik dan lain-lain. Ia berbeza dengan laksa Penang kerana dihidang bersama spaghetti, campuran taugeh mentah, bawang mentah, hirisan bunga kantan mentah, daun kesum, daun selasih, timun, lobak masin dan sambal belacan yang menjadikan laksa Johor suatu hidangan yang rumit untuk disediakan.
2. Mee bandung

 

Mee bandung juga merupakan makanan yang mencerminkan identiti Johor. Ia amat terkenal di daerah Muar. Jangan tersalah sangka, perkataan bandung buka bererti ia berasal dari Indonesia tetapi bandung itu membawa maksud aneka bahan yang dicampurkan dari pelbagai rencah.

3. Mee rebus
 
Mee rebus juga popular dihidang ketika pelbagai majlis di Johor. Kuah mee rebus Johor dicampur dengan pelbagai ramuan seperti ubi keledek atau kentang, udang, rempah ratus, air rebusan dan lain-lain. Semua ramuan ini dimasak untuk menghasilkan kuah sederhana pekat dan dihidangkan bersama mee, taugeh, telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan keropok. 
4. Soto
 
Orang Johor gemar menyediakan soto ketika pelbagai majlis keraian kerana selain sedap ia juga mudah untuk disediakan. Lebih sedap jika dihidang bersama bergedil daging yang dibuat daripada kentang dan daging.
5. Nasi ambeng

 
Makanan Johor banyak dipengaruhi dengan cara masakan jawa seperti nasi ambeng, lontong dan juga ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidang ketika majlis yasin ataupun tahlil. Keunikan nasi ambeng adalah dari segi cara dihidangkan. Biasanya ia dihidang di dalam talam untuk dimakan bersama empat orang. Nasi ambeng biasanya di hidang bersama mee goreng, ayam ataupun ikan, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering.
6. Botok-botok
 
Botok-botok adalah makanan asli orang Johor. Sejenis makanan yang diperbuat daripada ikan bercampur kelapa, rempah dan pelbagai jenis herba seperti daun kaduk, cekur, daun kesum, selasih, bebuas, limau purut, daun mengkudu dan daun ubi muda yang dikukus di dalam daun pisang. Botok-botok yang telah siap digaul dengan semua ramuan biasanya dikukus selama dua jam atau lebih kerana ia akan menjadi lebih sedap jika dikukus lebih lama.

7. Kacang pool
 
Kacang Pool boleh dikategorikan sebagai makanan yang agak ringan dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Walaupun begitu, hidangan ini biasanya dimakan pada waktu petang bersama sebiji telur mata lembu dan roti bakar yang dicicah ke dalam kacang pool.
8. Lontong 

Lontong juga adalah salah satu makanan tradisional Negeri Johor yang juga popular di Singapura sejak dulu lagi. Malah, ia menjadi hidangan istimewa pada Hari Raya Aidilfitri. Lontong yang dimakan bersama kuah lodeh berwarna kuning keemasan ini berasaskan santan, sayur-sayuran, rempah, bawang, serai dan juga udang. Lebih istimewa ia dimakan bersama telur rebus, sambal tumis dan tempe goreng. Boleh mencuba ini.
9. Air katira
 
Air katira sememangnya popular dan tidak asing bagi rakyat Johor yang biasanya dijual ketika bulan ramadhan. Seakan air lai chee kang tetapi tidak sama kerana ia dicampur dengan susu cair dan ais krim soda bersama sedikit pewarna hijau atau pandan. Ia dinamakan air katira kerana diletakkan buah katira di dalamnya bersama pelbagai bahan lain seperti buah kembang semangkuk, hirisan kurma, biji selasih, kismis, kacang, cincau dan badam cincang. 
10. Telur pindang

 
Telur pindang adalah telur yang direbus di dalam air herba selama beberapa hari dengan pelbagai jenis rempah dan daun seperti daun pokok manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga, kulit kayu manis, bunga lawang, kulit bawang dan serai untuk memberikan rasa dan warna yang unik. Masakan tradisional yang terkenal di Negeri Johor ini boleh bertahan sehingga dua minggu atau lebih yang biasanya disediakan ketika majlis-majlis perkahwinan di Negeri Johor.
Semoga riang ria menikmati hidangan tradisi Negeri Johor!

Ni ade video untuk nasi ambang ye,,lauk lauk yg ade dalamnya,,,dan cara- cara bungkus,,yeahhh,,,



Saturday, 9 November 2013

Makanan Terengganu -Tradisi

Makanan Orang Terenganu

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

sekali lagi..kalau sebelum ni banyak menu makanan terengganu untuk sarapan tapi kali ini nak cerita tentang makanan tradisi yang popular kt terengganu hehe..

MAKANAN POPULAR DI TERENGGANU

                                 ~KeROPOK LEKoR~

kalau datang teganu x sah korang x rase keropok lekor..terengganu memang famous dengan keropok lekor yang ade macam2 saiz dan jenis..ade keropok keping,keropok lekor(kepok gotey), keropok sira,dan macam2 lagi lah..kat mane2 area terengganu ade dijual keropok..tpi kawasan yang paling femes ialah kampung losong n marang..keropok sini memang sedap sebab ianya banyak sagu dan isi ikan..

keropok lekor rebus


keropok lekor yang direbus


keropok lekor goreng


kedai menjual keropok lekor

nah..murah je..berbaloi.


                                                    ~DODoL DAun paLAS~


sejenis makanan tradisi masyarakat terengganu..cara buatnya sama cam dodol biase tetapi yang unik sikit ialah dodol ni dibungkus dalam daun palas..sekarang ni maam jenis dodol ade dijual..dan sekarang ni macam2 perisa ade macam durian(hijau),




dodol yang dibungkus dalam bentuk kon dan ade macam2 perisa


                                                            ~SAta IKAn~


Sata ikan




sata yang sedang dimasak

semua sedap2 kan... jom g makan haha..

Makanan Orang Terengganu -Sarapan

 Makanan Orang Terenganu

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

                                                      ha...mari doh.. 
hai semua..ni nak share sikit pasal makanan orang teranu nieh..makanan org tgnu ni unik2 sikit  tpi sodap..korang mesti akan terpikat..kan3..saya sendiri asal dri terengganu,jdi saya nak citer la sikit pasal makanan org teranu nieh
okeh..


               mule2 sekali kite imbas dlu ape breakfast orang terengganu nieh

SARAPAN PAGI YANG UNIK



    Kalau sarapan pagi kat terengganu ni lain sikit dengan negeri lain..ape yang berbeza ialah kami pagi2 dah biase ambik makanan yang agak berat macam nasi minyak n nasik dagang..jamak sekali ngan lunch le..biasenye kat negeri lain time kenduri bru jumpe nasi minyak kan,,jdi kami offer nasi minyak setiap hari..alah bisa tegal biasa ..sebab kami dah biase jdi bnda tu dok jadi pelik pon,,hehhe..
tapi selain tu sarapan pagi orang terengganu ni nasi lemak..nasi lamok org teganu lain sikit..ade yang berlaukkan ikan bilis,,tu biase..tpi ade nasi lemak sini yg lauk nyer ikan tongkol hancur (ikan aye) masak asam..ummmpphh..kecur air liur nieh..hehe..


                                          nasi minyak(ayam masak merah)




nasi dagang lauk ikan tongkol


nasi lemak

menu sarapan yang lain adalah..

nasi kerabu


roti canai..ade kuah dal n kuah kari..korang kalu nok rase makanan teranu ni senang sangat..kat kdai melambak ade jual..silalah..hehe..



roti canai..pekene ngan tea tarik memang sodap..


menikmati sarapan pagi(roti canai)


nah ambik..hehe..pengantin baru tunjuk aksi membuat roti canai

SELAMAT BERSARAPAN